SOAL SELIDIK BAGI KURSUS TZ20106 - PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 UNTUK TUGASAN PENILAIAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS

Saturday 18 February 2012

Kepada semua guru-guru Bahasa Inggeris yang dikasihi.  Kumpulan saya dalam proses mahu mengumpul data melalui soal selidik bagi menyiapkan tugasan semester 3 (PPG-UMS) bagi kursus TZ20106 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1.  

Diharap guru-guru Bahasa Inggeris dapat memberikan kerjasama dengan menjawab soalan soal selidik selepas membaca rumusan kandungan di bawah:

Kumpulan saya telah memilih tiga topik dalam buku teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 yang bertajuk:

(a) UNIT 10 - How Many? (ms. 43 - 46)
(b) UNIT 11 - My Happy Days (ms. 47 - 52)
(b) UNIT 12 - When is your Birthday? (ms. 53 - 56)

Berikut adalah huraian bagi setiap unit:

UNIT 10 - HOW MANY (ms. 43 - 46)


Dalam unit 10, isi kandungannya lebih berfokuskan kepada beberapa kemahiran / objektif:

1. Murid dapat menyanyi lagu "Down A Busy Lane" dengan panduan guru;
2. Murid dapat menceritakan gambar yang dilihat (ms. 43).
3. Murid dapat mengira jumlah binatang berdasarkan gambar yang dipaparkan.
4. Murid dapat membaca 3 peranggan pendek.
4. Boleh menyebut fonim dan perkataan 1 suku kata yang mengandungi /c/ dan  /k/.

UNIT 11 - MY HAPPY DAYS (ms. 47 - 52)

Dalam unit 10, isi kandungannya lebih berfokuskan kepada beberapa kemahiran / objektif: (Murid dapat)

1. Mengetahui Kata Nama Khas bagi hari-hari dalam seminggu (Monday, Tuesday,... Sunday).
2. Dapat memberitahu hari apa merupakan hari yang paling disukai oleh mereka (murid).
3. Membaca teks yang pendek dan meramalkan pengakhiran cerita "Princess Kelly and Harry".
4. Boleh menyebut fonim dan perkataan 1 suku kata yang mengandungi /a/, /i/ dan /o/.

UNIT 12 - WHEN IS YOUR BIRTHDAY (ms. 53-56)


Dalam unit 10, isi kandungannya lebih berfokuskan kepada beberapa kemahiran / objektif: (Murid dapat)

1. Menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan tahu bila hari jadi mereka.
2. Boleh menjawab soalan ringkas: Bila hari jadi anda? ; Bila hari jadi kawan anda?
3. Boleh menyebut fonim dan perkataan 1 suku kata yang mengandungi /e/ dan /u/.

Berdasarkan isi kandungan unit-unit di atas, sila jawab soal selidik dengan klik di sini